head

Wednesday, January 5, 2011

Seks mengikut teknologi

Sebagai orang Islam, memang kita dah sedia maklum bahawa zina itu perbuatan yang haram. Tapi pada zaman sekarang ni, zina makin berleluasa di kalangan masyarakat kita. Apakah mereka memikirkan tindakan mereka itu sebelum mereka lakukan? Main ikut sedap. bila dapat anak, di lemparnya di dalam semak. 

Yang kita tahu, zina secara jelas. Tahukah kita di zaman serba canggih ni ada pula golongan manusia yang membuat zina dari pelbagai kemudahan tetapi disalah gunakan? contohnya macam yang kita tahu sekarang, YM, telefon, fesbuk dan macam-macam lagi.  Entah mereka berakal atau tidak.. perkara paling bodoh pernah aku dengar... membuat zina dari telefon. 

Hanya mendengar suara, mereka boleh jadikan modal untuk stim. Biasanya si perempuan akan membuat suara renggekan dan manja-manja. si lelaki pula cuba menghayati kemerduan suara perempuan sambil melakukan benda tak berfaedah seperti beronani. Cis, kenapa begitu bangang pemikiran mereka ini? sebab itulah Islam meletakkan suara perempuan itu sebagai aurat. Aurat maknanya perlu di jaga dan perlu di kawal. Semoga mereka yang pernah berbuat demikian insaflah. kalau tak tahan, kahwin lah..jika tak mampu untuk kahwin maka berpuasa. 

No comments: