head

Thursday, January 6, 2011

Kebaikan Megi

Megi dan orang bujang tak dapat dipisahkan.. Andai pisah megi dan orang bujang, maka laparlah perut, lingkuplah kilang.. Mesti setiap orang dah pernah makan megi kan? Kalu yang tak pernah makan tu mungkin mereka yang demand dan banyak duit atau pun mereka yang alergi. Eh, ada ke orang yang alergi ngan megi? aku tak pernah dengar pon. tapi kemungkinan tu ada..

Dalam orang dok sibuk kata megi tu tak baik untuk kesihatan, takde zat, boleh penyakit buah pinggang, tapi sebenarnya megi juga ada kebaikannya. Setiap benda dalam dunia ni pasti ada baik dan buruknya. tiada satu pun yang betul-betul baik dan betul-betul buruk. Begitu juga dengan megi. Apa kebaikan megi?

Yang pertamanya, megi boleh mengenyangkan perut yang lapar. yang kedua, megi tu murah harganya dan mampu dibeli oleh sesiapa sahaja walaupon sekarang dah seringgit sebungkus malah lebih lagi kalau kat Seven-E.. Megi juga mudah di dapati dan ada di jual dimana-mana sahaja. Selain itu, megi juga memberikan sumber pendapatan kepada peniaga megi, driver lori megi, pekerja kilang megi serta pak guard kilang tu sendiri selain tauke dia.

Megi juga mampu merapatkan hubungan silaturrahim dimana, adik beradik atau member serumah boleh di pau megi mereka dan boleh juga suruh mereka tolong masakkan. Di situ akan timbul kemesraan dalam pergaulan. Selain sedap dimakan, megi juga dapat menguntungkan peniaga dan mereka dapat mengumpul duit hasil dari menjual megi tu. setelah mereka simpan duit tu, maka mereka akan dikenakan zakat ataupon cukai. Jadi dengan membeli megi, kita mampu menolong peniaga untuk memberi zakat. Banyak lagi kalau nak diberitahu kat sini. Rasanya cukuplah stakat ni dulu. Tak mau nak taip dah panjang-panjang..


p/s : jom makan megi~

1 comment:

Cheng said...

seyes aku like nih.. aku suke mkn megi.. xkire la orang ckp burok cane pon..