head

Thursday, January 6, 2011

Kebaikan Megi

Megi dan orang bujang tak dapat dipisahkan.. Andai pisah megi dan orang bujang, maka laparlah perut, lingkuplah kilang.. Mesti setiap orang dah pernah makan megi kan? Kalu yang tak pernah makan tu mungkin mereka yang demand dan banyak duit atau pun mereka yang alergi. Eh, ada ke orang yang alergi ngan megi? aku tak pernah dengar pon. tapi kemungkinan tu ada..

Dalam orang dok sibuk kata megi tu tak baik untuk kesihatan, takde zat, boleh penyakit buah pinggang, tapi sebenarnya megi juga ada kebaikannya. Setiap benda dalam dunia ni pasti ada baik dan buruknya. tiada satu pun yang betul-betul baik dan betul-betul buruk. Begitu juga dengan megi. Apa kebaikan megi?

Yang pertamanya, megi boleh mengenyangkan perut yang lapar. yang kedua, megi tu murah harganya dan mampu dibeli oleh sesiapa sahaja walaupon sekarang dah seringgit sebungkus malah lebih lagi kalau kat Seven-E.. Megi juga mudah di dapati dan ada di jual dimana-mana sahaja. Selain itu, megi juga memberikan sumber pendapatan kepada peniaga megi, driver lori megi, pekerja kilang megi serta pak guard kilang tu sendiri selain tauke dia.

Megi juga mampu merapatkan hubungan silaturrahim dimana, adik beradik atau member serumah boleh di pau megi mereka dan boleh juga suruh mereka tolong masakkan. Di situ akan timbul kemesraan dalam pergaulan. Selain sedap dimakan, megi juga dapat menguntungkan peniaga dan mereka dapat mengumpul duit hasil dari menjual megi tu. setelah mereka simpan duit tu, maka mereka akan dikenakan zakat ataupon cukai. Jadi dengan membeli megi, kita mampu menolong peniaga untuk memberi zakat. Banyak lagi kalau nak diberitahu kat sini. Rasanya cukuplah stakat ni dulu. Tak mau nak taip dah panjang-panjang..


p/s : jom makan megi~

Wednesday, January 5, 2011

Seks mengikut teknologi

Sebagai orang Islam, memang kita dah sedia maklum bahawa zina itu perbuatan yang haram. Tapi pada zaman sekarang ni, zina makin berleluasa di kalangan masyarakat kita. Apakah mereka memikirkan tindakan mereka itu sebelum mereka lakukan? Main ikut sedap. bila dapat anak, di lemparnya di dalam semak. 

Yang kita tahu, zina secara jelas. Tahukah kita di zaman serba canggih ni ada pula golongan manusia yang membuat zina dari pelbagai kemudahan tetapi disalah gunakan? contohnya macam yang kita tahu sekarang, YM, telefon, fesbuk dan macam-macam lagi.  Entah mereka berakal atau tidak.. perkara paling bodoh pernah aku dengar... membuat zina dari telefon. 

Hanya mendengar suara, mereka boleh jadikan modal untuk stim. Biasanya si perempuan akan membuat suara renggekan dan manja-manja. si lelaki pula cuba menghayati kemerduan suara perempuan sambil melakukan benda tak berfaedah seperti beronani. Cis, kenapa begitu bangang pemikiran mereka ini? sebab itulah Islam meletakkan suara perempuan itu sebagai aurat. Aurat maknanya perlu di jaga dan perlu di kawal. Semoga mereka yang pernah berbuat demikian insaflah. kalau tak tahan, kahwin lah..jika tak mampu untuk kahwin maka berpuasa. 

Saturday, December 4, 2010

Lagi-lagi bas eksiden

Harian Metro hari ni melaporkan berita bertajuk 'Bas rempuh enam kenderaan, 20 penumpang lalui detik cemas'... tak habis-habis lagi berita bas eksiden..lepas satu-satu.. semenjak peristiwa 10.10.10 baru ni lagi.. berita2 macam ni la yang membuatkan aku takut nak naik bas.. nak balik kampung minggu depan, aku beli tiket kereta api la pulak.. lagipon dh lama tak naik kereta api. yang aku pening skit pasal berita kat harian metro tadi... ayat ntah pape dia tulis.. pengarang tolong la pastikan penulisan tu betol skit sebelum diterbitkan. lagipun berita akhbar yang selalu orang baca. kalau macam blog picisan macam aku ni takpe la jugak.. cuba tengok berita ni.. 



klik untuk gambar lebih jelas....