head

Friday, December 3, 2010

Lelaki suka tunjuk hero

cuba perhatikan dalam pelbagai laman sosial kini, lebih-lebih lagi fesbuk.. kalau perempuan yang dahi licin, hidung mancung, bulu mata lentik, pinggang ramping, mesti ramai lelaki yang dok add.. pastu bila dah perempuan approve, mula la si lelaki ngantar mesej, post kat wall la.. ngomen post si perempuan la..

bila perempuan post ayat-ayat sedih, macam' sakit kepala' , 'sakit gigi', 'rindu kat kampung', mesti akan ada lelaki yang akan tunjuk hero ngan balas komen.. 'dah makan ubat?' ,' jangan bimbang, abang kan ada', then macam-macam lagi la.. hairan aku tengok keadaan ni. si lelaki memandai je nak tunjuk baik kalau ngan perempuan. ada yang siap nak ejas lagi.. hallo bro, kena-kena perempuan tu awek orang ke, bini orang ke, ko tak pikir ke? kan tak pasal-pasal lebam biji mata.

siapa yang susah nanti? korang jugak yang susah.. aku tak de apa-apa... yang betol-betol menghairankan kepala otak aku ni, si perempuan dah wat status married ke, tunang ke, ada pakwe ke, tapi si lelaki tetap nak ejas.. dok add tetiba je. padahal tak pernah kenal pon. Aku nak nasihatkan, tak payah la dok cari jodoh dalam internet ni. kalu nak ejas yang solo-solo ok la lagi.. tapi kalu dah jadi bini orang pon masih ada yang nak ejas, ish~ susah aku nak kata...

No comments: